Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pendakwa raya Turki berusaha untuk memastikan 9 orang pekerja sebuah akhbar pro-Kurdis yang sudahpun ditutup dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa menjadi sebahagian daripada kumpulan pengganas.
Menurut laporan media Turki, Asli Erdogan, seorang penulis novel terkemuka yang pernah memenangi anugerah juga termasuk di antara mereka yang didakwa. Dia didakwa cuba untuk merosakkan perpaduan negara.
Sembilan orang tersebut terdiri daripada para penulis terkenal dan juga para eksekutif yang bekerja untuk surat khabar Ozgur Gundem.
Menurut Persatuan Wartawan Turki, kebanyakan pekerja tersebut ditahan ketika pihak polis menyerbu ibu pejabat Ozgur Gundem di Istanbul.
Penahanan itu dibuat setelah sebuah mahkamah di Istanbul mengarahkan penutupan sementara akhbar pro-Kurdis itu dengan mendakwa bahawa penerbitan itu menyebarkan propaganda keganasan dan bertindak sebagai surat khabar de facto Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang telah diharamkan di negara itu.
Lebih daripada 130 syarikat media telah ditutup oleh pihak kerajaan semenjak cubaan rampasan kuasa tentera yang gagal pada Jun lepas.
11 November 2016 - 04:44
News ID: 791185
Para pendakwa raya Turki berusaha untuk memastikan 9 orang pekerja sebuah surat khabar pro-Kurdis yang sudahpun ditutup dikenakan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa menjadi sebahagian daripada kumpulan pengganas.